Tuesday 16 April 2013

Antara Madu dan Racun

Assalamualaikum.Biarlah saya membahasakan diri sebagai AM saja. AM menganggap diri AM sebagai Anak negeri Kedah kerana dah 3 Tahun AM menetap disini. AM sangat sayangkan Kedah ini.

AM ade meneliti senarai calon-calon BN di Kedah. dan AM benar-benar tertarik pada calon BN P8 Pokok Sena iaitu Datuk Sahlan Ismail.



Beliau merupakan Setiausaha Politik kepada PM kita. Menariknya pada PRU 13 ini memperlihatkan pertembungan antara Beliau dan Mahfuz Omar.

Berdasarkan Pandangan AM, Datuk Sahlan mempunyai peluang yg agak besar untuk menang kerana latar belakang dan personaliti beliau  yg warak dan berintegriti berbanding Mahfuz.

Datuk Sahlan merupakan graduan Fakulti Pengajian Islam UM dan pernah menjawat jawatan Pengerusi PMI UM berbanding Mahfuz yg hanya berkelulusan setakat SRP sahaja.

Tambahan pula Datuk Sahlan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran kerana sering mendampingi PM  dan pernah bersama PM mengunjungi GAZA untuk misi kemanusiaan berbanding Mahfuz yg hanya menjawat setakat "penolak tangga kapal terbang".

Mahfuz juga telah diberikan amanah oleh rakyat utk 1 Penggal,malangya Dia tak pernah TURUN PADANG!
penduduk tempatan mengadu Mahfuz tidak membawa apa-apa pembaharuan utk masyarakat di Pokok Sena.
Malah dia jika dilihat kehidupannya sebelum dan selepas menjadi MP sgt berbeza. dulu sederhana sekarang MEWAH!

Jika hendak dibandingkan, Datuk sahlan mempunyai moral yg lebih bersih berbanding Mahfuz yg dilihat hanya mempergunakan imej "islamik" PAS.

Dan Mahfuz tidak boleh menggunakan "agama" sebagai modal politiknya kerana umum sedia maklum beliau bukan "ulama". Malahan sekilas pandang Datuk Sahlan lebih tampak beragama berbanding Mahfuz walaupun Mahfuz datang dari "Parti yg menggunakan Nama agama".

Atas Faktor ini AM menjangkakan Datuk Sahlan akan menang dengan majoriti lebih 1000 ke atas Mahfuz Omar.

AM yakin Datuk Sahlan akan memberikan MADU berbanding Mahfuz yg telah menjadi RACUN kepada penduduk Pokok Sena

P/S : Choose BETTER NATION for a BETTER Life


No comments:

Post a Comment