Thursday 18 April 2013

AKU JANJI BN KEDAH Mantap!...

Pada tengah hari tadi BN kedah telah melancarkan "AKU JANJI 2013"  bagi mengembalikan semula matlamat dan hala tuju pembangunan yang amat diperlukan oleh Rakyat Kedah.

Datuk Ahmad Basha dan Datuk Mukhriz menunjukkan AKU JANJI BN Kedah.


AKU JANJI itu mengandungi 100 perkara yang akan diusahakan oleh BN Kedah jika rakyat memberi mandat kepada Parti itu untuk kembali mentadbir Kedah pada PRU 13 ini.

Antara Pekara yang terkandung dalam AKU JANJI BN kedah itu adalah:

1. Menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab

2. Menaik Taraf Semua Pusat tahfiz

3. Membangunkan "Bandar Raya Getah" kota Putra yang menawarkan 13000 peluang pekerjaan

4. membangunkan Alor Setar menjadi Bandar raya Metropolis

5. Membangunkan Jerlun sebagai pusat Industri Minyak dak Gas

6. Melonjakkan kembali Taman Teknologi Tinggi Kulim sebagai ikon industri berteknologi tinggi

7. Melupuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil

8. menaik taraf jeti di Kuala Kedah dan langkawi untuk keselesaan para pelancong

9. menyediakan pelbagai insentif kepada pemaju bagi memudahkan rakyat memiliki rumah

10. menaik taraf dan membaik pulih sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kilat

11. melonjakkan nama Kolej Universiti Insaniah KUIN sebagai IPT negeri Kedah yang Ulung melalui pengkhususan  jurusan kepakaran KUIN

12. memastikan kebajikan warga KUIN seperti kemudahan tempat tinggal, gaji dan sebagainya setanding dengan institusi pengajian setaraf sebagaimana yang layak mereka nikmati.

13.mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Kedah menerusi pembangunan semua peringkat

dari Sudut Pandangan AM, BN kedah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kebajikan rakyat terjamin dan membawa pelbagai  pembangunan untuk Negeri kedah

AM yakin mereka akan MENUNAIKAN janji kerana JANJI yang diberikan oleh BN kedah adalah JANJI yg REALISTIK.

#Vote BETTER NATION for a BETTER Life #SaveKedah



No comments:

Post a Comment